HUTANG YANG ADIL


Jika sepuluh tahun yang lepas, saya pinjamkan kepada seorang rakan saya RM 2,000
,jika dia hendak bayar hari ini, dia akan bayar RM 2,000 jugak.
.
Sepuluh tahun lepas 'Nilai'  RM 2,000 itu tinggi, tapi sekarang "Nilai" RM 2000 sudah makin susut. Sepuluh tahun lepas saya boleh beli 10 dinar dengan harga tersebut, tapi sekarang hanya mampu beli 2.5 dinar.
.
Jika saya nak minta lebih akan dikira sebagai riba pulak. Haram di sisi umat Islam.  Kalau bayar sama, saya pulak rugi.  Serba salah jadinya.
.
Tetapi jika saya pinjamkan kepadanya 10 dinar, pasti dia akan bayar 10 dinar jugak. Yang pastinya nilai emas terjamin dan kedua-dua belah pihak sama-sama untung.
.
Kesimpulan:
jika tuan puan mahu memberi hutang kepada rakan taulan /ahli keluarga, saya syorkan beri emas daripada wang ringgit

Thanks for your comment