KELEBIHAN JADI DEALER PUBLIC GOLD

Alang-alang beli emas,
Budget cukup untuk jadi dealer
jadilah dealer Public Gold terus
sebab dealer boleh untung dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada naik atau turun.
Beli emas untuk diri sendiri untung,
jual emas sendiri pun untung.
Harga emas naik untung,
harga emas turun mendadak lagi untung. Syaratnya, jadi dealer dan manfaatkan betul-betul posisi sebagai dealer emas Public Gold.

Sebenarnya, saya dulu beli emas Public Gold cuma untuk simpan sendiri jer. Asalkan duit saya jadi emas jer. Dan dari awal lagi saya pasang niat, saya tak nak berniaga emas. Tapi bila saya perhati ramai kawan-kawan buat kesilapan yang merugikan dalam pelaburan emas, sedangkan saya ada ilmu dan platform terbaik pelaburan emas di Malaysia iaitu Public Gold, saya rasa ada tanggungjawab untuk bantu orang lain. Masa tu baru saya realise, oh, besarnya manfaat sebagai dealer, walaupun hanya untuk simpanan sendiri semata-mata.

Berdasarkan pengalaman saya, ini 6 keuntungan sebagai dealer emas Public Gold:

#1 – Rebat Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu resit. Setiap belian KEDUA dan seterusnya, Public Gold akan bayar rebat 1%. Kalau buat belian seterusnya RM10,000, maksudnya dapat rebat RM100. Dah la harga emas Public Gold murah RM15 – RM20 segram berbanding kedai emas, kita jimat lagi rebat 1%. Tahap rebat ni boleh meningkat kepada 1.5% dan 2,0% mengikut tahap dealership masing-masing

#2 – Rebat Jual Balik Emas Sendiri

Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar rebat 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Rebatnya tak banyak, tapi biasanya lepas la duit minyak pergi hantar emas tu ke office Public Gold.

#3 – Komisyen Introduce Pembeli

Kalau yakin betapa untungnya simpan emas, dan yakin emas Public Gold ni emas simpanan terbaik di Malaysia, jangan ‘selfish’, tapi ceritalah kepada orang lain. Kesian orang lain yang tak tahu tentang emas dan Public Gold. Lagi rugi besar kalau mereka terbeli barang kemas. Jadi ambillah tanggungjawab introduce orang lain tentang emas dan Public Gold. Manfaatkan facebook dan whatsapp tu. Jangan menjual, tapi niat nak sampaikan kebaikan tentang apa yang kita tahu.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level komisyen masing-masing. Kalau sebulan ada orang beli RM60,000 hasil celoteh kita pasal emas di facebook, maksudnya Public Gold bayar RM600. Ok la tu, modal ilmu dan ‘air liur’ jer. Kita cuma consult dan tolong place order jer. Pembeli tu bayar dan ambil sendiri emas dari office Public Gold. Dengan duit RM600 tu, tambah lagi sekeping 1 dinar sebagai simpanan! Tambah simpanan 1 dinar sebulan secara PERCUMA. (“,)

#4 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Simpan

Kalau kita dah introduce ramai pembeli, insyaAllah selepas setahun, akan ada pembeli emas nak jual emas tu sebab nak pakai duit. Masa tu, kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 5.0% – 8.0%.

harga pg buy susut nilai 2015“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan susut nilai dari harga “PG Sell”.

Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

Secara jujurnya, saya tambah simpanan emas sekarang ni hanya dengan beli daripada customer pada harga diskaun “PG Buy” jer. Seolah-olah saya beli emas tanpa susut nilai! Harga emas naik 5%, maksudnya saya terus untung 5%! Kalau saya beli RM10,000, nak dapat untung RM500 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

#5 – Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual

Bila orang jual emas kepada saya pada harga diskaun “PG Buy”, kekadang simpanan emas saya dah ‘berlebihan’. Saya perlu juga stand-by duit tunai untuk beli balik emas kalau-kalau ada penyimpan emas nak pakai duit. Jadi stok berlebihan tu, saya jual bila ada pembeli baru pada harga “PG Sell” dan untung sekitar 8%! Kalau beli RM10,000, untung RM800 tu sekejap jer, insyaAllah. Bukan ker itu jauh lebih baik berbanding tunggu dividend Tabung Haji dan ASB?

#6 – Komisyen Overriding “Dealer”

Dalam ramai-ramai pembeli emas, mesti ada yang buat belian RM30,000 dan automatik jadi dealer. Pengalaman saya, memang ramai yang ada duit sebanyak tu. Sebelum kenal emas, mereka cuma kenal Tabung Haji dan ASB jer. Jadi jangan terkejut, urusniaga emas memang besar-besar sebab orang bukan “belanjakan duit”, tapi cuma TUKAR sahaja duit kepada emas sebab emas hakikatnya adalah duit tunai juga. Bila-bila nak pakai duit, boleh jual atau pajak jer emas tu.

dinar gold bar 24k lbmaBeli mana-mana emas Public Gold bernilai RM30,000 dalam satu resit, automatik jadi dealer. Untuk tengok foto-foto emas keluaran Public Gold, KLIK DI SINI.

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai intoducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada saya 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%). Dan komisyen ni akan terus dibayar setiap kali ada urusniaga sampai saya mati, atau dealer dan customer saya mati.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Jadi cuba bayangkan, berapa “passive income” kalau ada lebih 1,000 customer berdaftar di bawah kita lepas beberapa tahun introduce emas? Cuba bayangkan potensi pendapatan masa depan, dan sampai bila orang akan berhenti simpan emas? Mungkin suatu hari nanti, pendapatan sebagai dealer Public Gold boleh membantu sahabat pembaca ‘pencen’ lebih awal dari apa yang dijangka, insyaAllah.

Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung:

Jimat susut nilai at least 1.3% – 2.3 (rebat).
Peluang jual emas sendiri tanpa susut nilai (jual harga PG Sell).
Peluang beli emas dengan harga diskaun 5% – 8% (susut nilai).
Untung berganda bila bantu orang lain (komisyen jualan).
Untung simpan emas bila harga emas naik.
Untung komisyen berganda bila harga emas jatuh (komisyen jualan).
Beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung.
Harga emas naik untung, harga emas turun lagi untung.

Berminat wassap

011-1218-5864

Thanks for your comment